Skip to main content

Karier

Bina Kerjaya Anda di Rusila Spa

Anda Sedang Mencari Peluang Pekerjaan?

Bina Kerjaya Professional Dalam Bidang Kecantikkan Rambut Bersama Kami

Di Rusila Spa kami amat mementingkan perkhidmatan yang berkualiti dan selesa buat para pelanggan. Kami juga merupakan satu pusat sehenti buat para wanita untuk mendapatkan rawatan dan servis kecantikkan rambut. Dengan itu, kami sentiasa membuka peluang bagi wanita khususnya untuk membina kerjaya dan pengalaman dalam bidang ini dalam meningkatkan kualiti seorang stailist rambut. Anda akan pelajari kepakaran serta ilmu dalam bidang kecantikkan rambut yang mana membantu anda mencipta pengalaman kerjaya impian anda.

Kami bukan sahaja membuka peluang kerjaya dalam bidang kecantikan rambut, malah turut memberi ruang kepada wanita yang berminat dalam pengurusan salon, khidmat pelanggan dan operasi harian salon untuk berkembang bersama kami. Kami percaya setiap individu mempunyai potensi dan peluang untuk membina masa depan kerjaya yang lebih baik bersama pasukan Rusila Spa.

Kenapa Anda Perlu Membina Kerjaya Bersama Kami?

Antara Kelebihan Yang Anda Akan Dapat

On-Job Training

Tak ada pengalaman atau tak yakin dengan pengalaman anda? Jangan risau, kami menyediakan training buat anda untuk anda pelajari serta mahirkan kepakaran anda.

Peluang Untuk Majukan Kerjaya Anda

Kami sentiasa memastikan stailist rambut kami dapat membina peluang kerjaya impian mereka dengan memberikan latihan serta kursus yang diperlukan.

Gaji, Komisyen & Company Trip Menarik

Gaji dan komisyen yang ditawarkan menarik mengikut kepada kepakaran dan kemahiran anda. Kami juga mengadakan company trip serta aktiviti bersama team bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih positif dan menyeronokkan.

Peluang Belajar Kemahiran Baru

Anda berpeluang mempelajari pelbagai kemahiran baharu dalam industri salon termasuk pengurusan pelanggan, operasi salon dan komunikasi profesional.

Jawatan Kosong di Rusila Spa

Saya Nak MemohonSaya Nak Tanya