Skip to main content

Tentang Kami

Rusila Spa
Ladies Hair & Beauty Salon

Tentang Kami

Salon rambut Muslimah yang terbaik untuk anda

Kami menawarkan perlbagai servis kecantikan yang merangkumi pakej potongan rambut, rawatan rambut dan penggayaan rambut. Matlamat kami adalah untuk menjadi one stop centre dalam menyediakan servis kecantikan buat para Muslimah. Segala servis yang ditawarkan dijamin kualitinya serta dilakukan oleh stailist rambut yang berpengalaman dan terlatih.

Kini Rusila Spa mempunyai 2 cawangan iaitu di Sungai Petani, Kedah dan Seberang Prai, Pulau Pinang.

Semua stailist rambut kami adalah warga Malaysia dan merupakan wanita Muslim yang menepati segala standard keselamatan, protokol rawatan dan perkhidmatan yang disediakan. Kami akan pastikan anda berpuas hati dalam menikmati servis di sini.

Kenapa Perlu Pilih Rusila Spa?

Salon Rambut Khas
Untuk Muslimah

Kami ingin menjadi one stop centre bagi servis kecantikkan khususnya untuk para wanita. Stailist rambut kami kesemuanya adalah Muslimah dan kami juga menyediakan surau serta ruang privasi hanya untuk anda. Kami ingin memastikan privasi anda dalam jagaan kami.

Stailist Rambut
Yang Terlatih

Kesemua stailist rambut berpengalaman dan terlatih dalam menjalankan servis yang ditawarkan. Kami memastikan setiap daripada mereka mematuhi segala protokol rawatan, servis, sanitasi dan keselamatan. Kami juga akan memastikan anda berpuas hati dengan kualiti servis kami.

Suasana Yang Eksklusif
Tapi
Mampu Milik

Kami ingin memastikan semua servis yang ditawarkan berkualiti dan suasana salon serta servis kami adalah mengikut keselesaan dan kemudahan anda. Kami ingin pastikan anda menikmati suasana salon yang eksklusif tapi pada harga yang berpatutan dan mampu milik.

Keselesaan &
Kemudahan Untuk Anda

Segala servis yang dijalankan berdasarkan tempahan temujanji (Book Appointment). Kami memahami kesibukan para wanita masa kini jadi jika anda tiada masa untuk walk-in ke salon, tempah temujanji anda mengikut waktu dan hari yang anda inginkan. Anda juga boleh telefon kami untuk tempah temujanji anda.

Team Kami

Terdiri daripada stailist rambut dan scalp therapist. Kesemuanya adalah yang professional, berpengalaman, terlatih dan telah divaksin sepenuhnya. Setiap dari mereka mempunyai peranan yang khusus dalam memastikan anda menjalani servis dan rawatan yang berkualiti dan eksklusif.

Rusila Spa

Filter

Interior Salon

October 18, 2021