Hair Color
Organic Hair Color
Kenapa Perlu Warnakan Rambut
Hair Color atau warnakan rambut adalah salah satu proses yang menjadi pilihan utama untuk di cuba. Mungkin kerana ingin mencuba stail rambut terbaru yang dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan melengkapkan penampilan.
Hair color ini biasa digunakan untuk golongan pertengahan bagi mewarnakan uban untuk tampil muda dan memberikan penampilan yang versatil. Bagi orang muda pula mereka mewarnakan rambut kerana ingin mengikuti trend terbaru.
Perbezaan
Organic Hair Color
Di Rusila Spa, kami menawarkan pakej Organic Hair Color yang mana warna yang digunakan bersifat organik yang mampu melindungi kesihatan rambut. Kami memahami kerisauan kebanyakkan wanita yang bimbang untuk warnakan rambut kerana sangsi dengan bahan pewarna. Jangan risau, pewarna yang digunakan di sini bersifat organik dan boleh dibawa untuk solat.
Kami menggunakan pewarna rambut yang bersifat organik dan natural untuk memastikan kestabilan rambut dapat dijaga serta memberikan warna yang menarik , terang serta tahan lama.