Skip to main content

Henna Herbal

Info Servis

Henna Herbal

Digunakan untuk menutup rambut putih atau uban. Kegunaannya juga dapat merawat kulit kepala dari pelbagai masalah. Inai yang digunakan di Rusila Spa merupakan 100% asli dari daun inai.

Terdapat 2 jenis Henna/Inai yang boleh dipilih iaitu Inai Asli atau Inai Hitam. Warna Inai yang dihasilkan pada rambut bergantung kepada daun yang digunakan.

Info Menarik

  • Henna atau Inai dalam bahasa saintifiknya adalah Lawsonia Inermis yang biasanya tumbuh di kawasan beriklim tropika.
  • Warnanya hanya jelas pada rambut beruban.
  • Bersifat menyaluti rambut jadi warnanya tidak akan menukar warna asli rambut
  • Dapat merawat kulit kepala & melembutkan rambut.

Kebaikan Inai Rambut

Book Appointment

Menyuburkan Kulit Kepala & Rambut

Inai secara semulajadinya mempunyai bahan yang boleh menjadikan rambut yang rosak, kering dan tidak sihat menjadi rambut yang mudah dirapi & lembut.

Bantu Mengurangkan Kelemumur

Inai membantu untuk mengurangkan lebihan minyak dan kelemumur. Penggunaan inai secara berkala juga dapat mengelakkan kelemumur dari tumbuh kembali.

Menjadikan Rambut Lebih Tebal & Berkilat

Bahan Tannin yang ada dalam inai membantu menjadikan rambut menjadi lebih kuat. Inai juga tidak akan diserap ke dalam rambut menjadikannya lebih tebal dan berkilat.

Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Secara semulajadinya bahan dalam inai boleh membantu meningkatkan pertumbuhan rambut.

Mengawal Kegatalan Kulit Kepala

Inai mempunyai bahan antibakteria yang membantu untuk menyejukkan dan melembutkan kulit kepala. Seterusnya boleh mengawal kegatalan kulit kepala.

Anda Ada Pertanyaan Mengenai Servis Ini?

Klink Butang Di Bawah
Hubungi Kami