Skip to main content

“Syampu rambut dah, pakai treatment rambut dah, tapi kenapa rambut masih gugur dan kusut teruk ni?!”

Mesti anda pernah kan anda dalam dilema macam ni, dah lakukan macam-macam perkara tapi rambut masih lagi bermasalah. Tapi… Pernah tak anda selidik adakah ia disebabkan cara anda syampu rambut?

Tahukah anda cara anda syampu rambut pun boleh mempengaruhi kesihatan dan keadaan rambut anda? Kalau anda tersilap lakukan cara yang betul rambut anda berupaya bermasalah dan tak dapat pun nutrisi dari syampu yang anda gunakan. Kan dah rugi macam tu!

Jadi macam mana cara yang betul nak syampu rambut?

Haa jom Admin share!

1. Fokus syampu kulit kepala, bukan rambut

Perasan tak kebanyakkan dari kita suka fokus syampu pada rambut dan bukan kulit kepala? Sebenarnya sangatlah penting untuk anda fokus syampu pada bahagian kulit kepala sebabnya banyak kotoran tertumpu pada kulit kepala dan bukannya rambut. Kekotoran yang terkumpul ini lah yang akan menyebabkan pelbagai masalah seperti kulit kepala berminyak, kelemumur, gatal-gatal dan banyak lagi. Jadi pastikan anda syampu kulit kepala bukannya rambut, DAN pastikan anda urut kulit kepala untuk tingkatkan pengaliran darah pada folikel rambut anda.

2. Gunakan jumlah syampu yang cukup

Pastikan anda gunakan jumlah syampu yang cukup pada rambut anda. Macam mana nak tahu? Tuangkan syampu sebanyak seukuran duit syiling pada telapak tangan anda atau dengan mudah, picit pam syampu anda sebanyak 2-3 pam. Sebanyak ini dah cukup untuk bersihkan rambut pendek hingga middle-length. Katakan rambut anda lebih panjang dan tebal gunakan lebih syampu untuk pastikan syampu anda dapat disapukan pada keseluruhan rambut. Jumlah ini penting untuk pastikan rambut anda peroleh manfaat syampu tersebut sebaiknya.

3. Bilas rambut menggunakan air bersuhu dingin

Tahukah anda suhu air pun mempengaruhi kesihatan rambut? Bilas rambut menggunakan suhu yang dingin membantu rambut mengekalkan kelembapan semulajadi yang ada pada rambut seterusnya mengelakkan rambut menjadi kering. Kebanyakkan orang yang mempunyai water-heater lebih gemar basuh rambut dengan air yang bersuhu tinggi, mana taknya lepas seharian bekerja dapat mandi dengan air hangat mesti rasa segar. Tapi keadaan ini sebenarnya boleh menyebabkan masalah kepada rambut. Air bersuhu dingin membantu mengekalkan kelembapan semulajadi pada rambut jadi dapat mengelakkan masalah rambut kering.

4. Pastikan Guna Perapi Rambut

Selepas syampu rambut tolong sangat jangan skip perapi rambut! Sebabnya perapi rambut membantu memberikan kelembapan yang diperlukan pada rambut dan memastikan rambut kekal lembut dan terurus. Step ini sangat penting untuk pastikan rambut kekal sihat dan cantik. Jadi pastikan anda lakukan step ini okay!

Mudah sahaja cara nak syampu rambut dengan betul tau! Buat 4 step ni pasti rambut anda ada perubahan yang lebih baik.

Kalau anda nak manjakan rambut anda, nak rasa cuci rambut di salon dengan rawatan dan urutan pada kulit kepala, jangan lupa untuk tempah temujanji anda di Rusilaspa. Pelbagai pakej rawatan dan servis kecantikkan yang menarik untuk anda jalani. Nak rambut cantik ingat Rusilaspa!

Leave a Reply