Kenapa Rambut Mudah Gugur Ketika Hamil?

Anda sedang hamil? Tahniah! Pasti anda akan sedar berlakunya beberapa perubahan dari segi fizikal serta dalaman anda. Kebiasaannya masalah ini terjadi kerana berlaku perubahan hormon yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi kesihatan para ibu.
Ketika proses kehamilan berlaku anda akan sedari beberapa perubahan pada rambut anda. Bagi yang bernasib baik anda akan sedari rambut anda mula tumbuh lebat dan jadi bersinar serta kelihatan cantik. Keadaan ini berlaku apabila hormon estrogen tinggi dan menyebabkan kurangnya rambut gugur.
Namun, ada sesetengah keadaan di mana para ibu akan mengalami masalah rambut gugur yang serius. Secara umumnya rambut menjalani 3 fasa iaitu fasa tumbuh, fasa berehat dan fasa gugur. Secara purata rambut akan gugur sebanyak 100 helai sehari. Jika rambut anda gugur lebih dari purata ini bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.
Peningkatan hormon progesteron ketika hamil boleh menyebabkan rambut mudah hilang kelembapan. Keadaan ini akan menyebabkan rambut mudah menjadi kering. Jika tidak dirawat, rambut akan mudah menjadi patah seterusnya gugur. Oleh itu, para ibu juga perlu memberi perhatian kepada penjagaan rambut, agar rambut sentiasa kesihatan cantik sepanjang proses kehamilan anda.
Cara Untuk Mengatasi Masalah Rambut Gugur Ketika Hamil

1. Rehatkan Rambut Anda
Pastikan anda elak dari lakukan rawatan mewarnakan, meluruskan atau mengerintingkan rambut ketika hamil. Proses rawatan ini menggunakan penggunaan bahan kimia serta haba yang tinggi yang boleh menyebabkan rambut mudah kering. Elakkan juga penggunaan alat stailing rambut seperti pengering rambut atau flat iron secara kerap kerana haba yang tinggi berupaya merosakkan rambut dan mudah menyebabkan rambut gugur.
2. Gunakan Syampu & Perapi Yang Melembapkan Rambut
Perubahan hormon yang ketara ketika hamil boleh menyebabkan rambut mudah hilang lembapan dan mudah jadi kasar. Penggunaan syampu dan perapi yang mampu melembapkan rambut sangat penting dalam memastikan nutrisi rambut dipenuhi dan rambut kekal terhidrat. Bila rambut sihat maka masalah rambut gugur akan berkurang.

3. Elak Ikat Rambut Dengan Ketat
Bagi ibu mengandung yang mempunyai rambut panjang pasti anda gemar sanggul rambut atau ikat rambut secara ponytail untuk pastikan rambut anda nampak kemas dan tak teratur. Namun tahukah anda ikat rambut dengan ketat boleh menyebabkan masalah keguguran rambut? Ini kerana bila ikatan terlalu ketat ini boleh meregangkan rambut dan menyebabkan rambut menampung beban yang berat seterusnya mengurangkan kekuatan rambut yang boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Jadi sebaiknya anda longgarkan ikatan rambut anda.
4. Jaga Pemakanan
Pemakanan yang sihat semestinya sangat penting bagi ibu mengandung dalam menjaga kesihatan ibu serta bayi yang dikandung. Pemakanan yang sihat juga membantu memastikan kesihatan rambut anda terjaga. Pastikan anda lebihkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran sebanyak 5 sajian sehari. Ini kerana buah dan sayur mengandungi flavonoid serta antioksida yang membantu memberikan perlindungan kepada folikel-folikel rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut. Barulah rambut anda kekal kelihatan cantik ketika fasa kehamilan ini.
5. Gunakan Sikat Bergigi Lebar
Penggunaan sikat bergigi lebar ini sangat penting terutamanya ketika anda sikat rambut sewaktu rambut masih basah. Rambut yang basah sangat rapuh ataupun kita panggil sebagai fragile. Keadaan rambut sebegini akan mudah menyebakan rambut cepat kusut. Jadi sebaiknya jika rambut anda cepat kusut, sikat rambut dengan sikat yang bergigir lebar bagi memastikan rambut dapat dileraikan dengan baik.
