Apakah Langkah Berjaga-Jaga Kalau Nak Warna Rambut?
Mewarnakan rambut merupakan satu aktiviti yang sangat’fun’. Warna yang pelbagai yang dapat kita bereksperimen sama ada sesuai atau tidak dengan penampilan harian kita. Ada orang memilih untuk warnakan rambut untuk mengubah penampilan kepada penampilan baru dan ada pula yang mewarnakan rambut untuk menutup uban. Setiap orang mempunyai tujuan yang tersendiri dalam warnakan rambut.
Pilihan pewarna rambut yang banyak dipasaran sudah semestinya memberikan pelbagai pilihan buat pengguna khususnya. Tetapi perlu diingatkan ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu dan titikberatkan jika anda nak warnakan rambut.

1. Pakai Sarung Tangan Bila Warnakan Rambut
Bila anda mencuba untuk warnakan rambut sendiri di rumah, pastikan anda memakai sarung tangan untuk pastikan tangan anda dilindungi. Jika anda tak pakai sarung tangan, berkemungkinan pewarna rambut akan melekat pada tangan anda. Selain itu untuk melindungi tangan anda dari masalah. Masalah seperti kulit tangan menjadi menggelupas atau kering boleh terjadi kerana pewarna rambut mempunyai bahan kimia yang tinggi yang berkemungkinan boleh merengsa kulit tangan anda nak-nak lagi kalau anda mempunyai kulit yang sensitif.
2. Lakukan ‘Patch Test’ Sebelum Warnakan Rambut
Patch test ni adalah ujian yang akan dilakukan pada kulit untuk menguji sama ada bahan dalam produk yang digunakan boleh menyebabkan masalah seperti radang kulit kepada pengguna. Kebiasaannya ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit pewarna (atau produk yang digunakan) dan disapukan pada bahagian belakang siku atau belakang telinga. Kedua-dua bahagian ini biasa digunakan dalam ujian ini kerna bahagian ini paling sensitif dan mudah menunjukkan reaksi.
Tinggalkan pewarna pada bahagian tersebut selama 2 hari dan lihat sama ada munculnya merah-merah atau gatal-gatal pada bahagian tersebut. Jika anda ada sebarang reaksi alergi maknanya pewarna tersebut tidak sesuai untuk anda gunakan. Lakukan patch test ini setiap kali anda nak warnakan rambut.

3. Lakukan Di Kawasan Yang Mempunyai Cahaya & Pengudaraan Yang Baik
Bahan pewarna rambut mempunyai bahan kimia yang tinggi yang semestinya akan memberikan bau yang kurang menyenangkan. Jadi sebaiknya anda lakukan proses mewarnakan rambut ini di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik supaya bau yang kuat dari pewarna tersebut tidak akan menganggu anda.Kawasan yang cerah juga amat penting untuk pastikan anda lakukan proses ini dengan baik dan tidak merosakkan mata.
4. Lakukan Kajian Sebelum Membeli Pewarna
Kajian ni tak bermaksud anda kena belajar betul-betul sebelum lakukan pewarnaan rambut. Tapi kajian ini bermaksud anda mengambil tahu serba sedikit tentang bahan yang terkandung dalam produk sebelum menggunakanya. Ini bagi memastikan anda tidak menggunakan pewarna rambut yang mempunyai banyak bahan kimia yang mana boleh merosakkan rambut. Pilih produk warna rambut yang tidak mempunyai banyak bahan kimia supaya kesihatan dan keselamatan rambut anda terjaga.

5. Jangan Warnakan Kening Atau Bulu Mata.
Mengikut Food And Drug Administration (FDA), proses mewarnakan kening dan bulu mata adalah dilarang sama sekali. Ini kerana reaksi alergi oleh pewarna rambut boleh menyebabkan mata anda membengkak dan meningkatkan risiko jangkitan pada sekitar kawasan mata. Keadaan ini akan membahayakan mata anda dan boleh mengakibatkan kebutaan.
6. Lakukan Proses Warna Rambut Dari Golongan Professional.
Mewarnakan rambut sendiri di rumah tak dinafikan adalah satu aktiviti yang menarik. Tapi… Rambut anda akan terdedah dengan risiko untuk menjadi rosak. Ini kerana jika anda tiada kepakaran, anda tak tahu bagaimana cara yang betul atau langkah yang tepat dalam proses mewarnakan rambut. Satu lagi, produk warna rambut tidak akan memberikan hasil yang sama seperti proses yang dilakukan di salon. Jadi jika anda nak warnakan rambut anda pastikan anda pergi ke salon yang terlatih dan berpengalaman dalam menjalani proses ini.

Jika anda ragu-ragu nak memilih produk warna rambut yang mana yang jenis mesra wuduk dan boleh dibawa solat, boleh sahaja anda datang ke Rusila Spa. Di Rusila Spa pakej warna rambut yang ditawarkan adalah Organic Hair Color yang mana mempunyai pelbagai warna yang menarik, premium dan yang penting mesra wuduk. Yang menariknya lagi produk yang digunakan bersifat organik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan rambut anda terjaga serta warna rambut anda kelihatan cantik dan menarik. Berminat? Tempah temujanji anda sekarang.