Rambut Kelemumur
Adakah anda berasa penat bila lihat ada debu putih yang melekat pada baju atau anak tudung anda? Adakah kulit kepala anda seringkali gatal sehingga menganggu aktiviti seharian? Jom kita bincangkan masalah kelemumur ini.
Kelemumur
Bagaimana Terjadi?
Kelemumur adalah antara masalah kulit kepala yang biasa dihadapi di mana sel kulit mati dapat dilihat di atas kulit kepala. Kebiasaannya kelemumur mudah jatuh dari kulit kepala yang biasanya melekat pada bahu terutama apabila anda memakai pakaian warna gelap seperti warna hitam. Kelemumur juga boleh mengakibatkan kegatalan pada kulit kepala. Kelemumur ini terjadi apabila terdapat lebihan minyak pada kulit kepala seterusnya menyebabkan sel kulit mati berkumpul lalu gugur.
Penyebab Kelemumur
- Terdapat pelbagai masalah yang mengakibatkan kelemumur. Antaranya adalah satu keadaan yang dipanggil sebagai seborrheic dermatitis. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh yis atau fungus yang hidup pada kulit kepala dan merangsang penghasilan kelemumur.
- Antara penyebab lain adalah cuaca, stressm umur, keadaan kesihatan dan memilih produk rambut yang tidak sesuai.
- Kebersihan seseorang tidak semestinya menjadi punca utama kepada kelemumur. Tetapi jika anda tidak selalu mencuci rambut anda selalu, penghasilan minyak yang berlebihan akan terjadi dan seterusnya menyebabkan kelemumur.

Rawatan Untuk Kelemumur
- Gunakan syampu khas untuk merawat masalah kelemumur. Ingat untuk sentiasa menbaca arahan dan untuk meningkatkan keberkesanan syampu tersebut. Mengetahui bahan yang terkandung dalam produk juga amatlah penting supaya anda dapat tahu bahan apa yang sesuai untuk jenis kulit kepala anda.
- Tahu bagaimana nak kawal stress. Mempunyai gaya hidup yang penuh tekanan akan memeberi kesan kepada kesihatan seterusnya merangsang pertumbuhan kelemumur.
- Hadkan penggunaan produk penggayaan rambut. Apabila anda mempunyai masalah rambut anda hendaklah mengurangkan penggunaan produk-produk ini kerana boleh menyebabkan terjadinya pengumpulan minyak seterusnya mengakibatkan keadaan bertambah teruk.
- Ingat untuk amalkan pemakanan sihat. Pemakanan sihat yang cukup dengan nutrisi seperti Zink, Vitamin B dan Lemak mampu mengawal penghasilan kelemumur.
- Dapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang terlatih apabila menghadapi masalah ini.
Dapatkan Scalp Analysis di Rusila Spa
Scalp analysis akan dijalankan untuk mengetahui punca masalah kelemumur dan juga masalah kulit kepala. Untuk dapatkan scalp analysis, anda boleh tempah temujanji anda di Rusila Spa hari ini.