Rambut Kusam? Jom Atasinya!
Rambut sememangnya mahkota kebanggaan setiap wanita. Bahagianya rasa bila rambut teratur, rapi dan sihat. Tapi dalam situasi sekarang, dengan aktiviti seharian yang sangat sibuk, dengan cuaca yang tak menentu, sedikit-sebanyak mesti akan mengakibatkan rambut jadi tak bermaya dan kusam. Nak-nak lagi bila rambut mula jadi kusut. Arghh, stressnya!
Rambut kusam dan tak bermaya ni boleh terjadi oleh pelbagai faktor seperti persekitaran, diet seharian, penggunaan produk dan alat stailing rambut. Jadi untuk mengatasi masalah ini, ada beberapa perkara yang perlu dibuat. Jom ikuti 6 cara mudah untuk atasi masalah rambut kusam supaya rambut kekal cantik dan menarik.
1. Elakkan Syampu Rambut Setiap Hari
Memastikan kebersihan rambut mestilah yang paling utama. Tapi pastikan anda elakkan syampu rambut anda setiap hari kerana bila rambut disyampu, selain kotoran, minyak semulajadi yang terhasil pada rambut juga akan hilang. Bila keadaan ini sering berlaku maka kelembapan rambut akan terjejas dan rambut akan mudah jadi kusam dan kering. Memadai untuk syampu rambut dalam 2 hingga 3 kali seminggu sahaja.
2. Keringkan Rambut Secara Sendirinya / ‘Air-Dry’
Mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut/hair-dryer akan menjadikan rambut mudah kusam, kering, rapuh dan senang patah. Ini kerana haba yang tinggi akan menyebabkan kelembapan rambut hilang seterusnya menjadikan rambut semakin kering. Seeloknya keringkan rambut secara sendirinya atau air-dry kerana cara ini dapat mengekalkan kelembapan rambut. Jika anda ingin gunakan pengering rambut juga, pastikan gunakan heat-protectant spray pada rambut sebelum memulakan pengeringan.
3. Elak Dedahkan Rambut Dengan Sinaran Matahari Yang Berlebihan
Sinaran UV yang berlebihan sangatlah merbahaya kerana berupaya merosakkan dan mengeringkan rambut. Jika anda seorang yang aktif dengan kegiatan luar dan tidak bertudung, sebaiknya anda lindungi rambut anda dengan menggunakan topi atau skarf untuk pastikan kelembapan dan kesihatan rambut terpelihara.
4. Sikat Rambut Dengan Lembut
Biasanya kalau rambut yang mudah kusut mesti kita akan terbiasa untuk sikat rambut dengan kasar kan? Hati-hati kerana perlakuan ini boleh menjadikan rambut mudah kusam dan rosak. Sebaiknya sikat rambut dengan lembut dan teratur. Elakkan juga sikat rambut ketika rambut dalam keadaan basah kerana rambut sangat fragile waktu ini. Sebolehnya sikat rambut sebelum mandi untuk pastikan rambut tak mudah kusut.
5. Gunakan ‘Hair Mask’ & ‘Hair Oil’ Dalam Rutin Harian
Rambut yang kusam disebabkan oleh rambut yang mudah kering dan hilang kelembapan. Jadi gunakan hair mask & hair oil dalam rutin penjagaan rambut untuk pastikan kelembapan rambut dapat dikekalkan dan rambut jadi mudah teratur. Cari bahan seperti minyak argan, minyak badam dan minyak zaitun dalam produk tersebut kerana bahan ini berupaya melembapkan rambut dan menjadikan rambut bersinar dan sihat.
6. ‘Trim’ Rambut Secara Berkala
Rambut yang kusam mudah menjadikan hujung rambut rosak dan bercabang. Jika tidak dipotong pasti akan jadikan rambut nampak tak teratur dan tak sihat. Jadi sebaiknya trim rambut anda dalam 2 hingga 3 bulan sekali untuk pastikan rambut tampak kemas, rapi dan cantik. Ingat untuk kunjungi salon yang berdekatan bila nak trim rambut untuk pastikan hasil yang kemas dan cantik. Di Rusila Spa anda boleh dapatkan potongan rambut yang cantik dengan stail yang menarik oleh stailist rambut yang berpengalaman. Tempah temujanji anda sekarang.