Penyebab & Cara Mengurangkan Kulit Kepala Menggelupas

Pernah tak anda berasa gatal-gatal pada kulit kepala dan apabila anda menggarunya rasa saperti kulit kepala anda berkuping atau menggelupas? Kadang-kadang sampai kikis kuping tersebut kan? Jangan! Jika anda kikis mungkin boleh menyebabkan iritasi pada kulit kepala.
Kulit kepala menggelupas boleh terjadi kerana pelbagai faktor. Salah satunya adalah apabila kulit kepala anda terlalu kering. Kulit kepala kering terjadi apabila minyak yang dihasilkan secara semulajadi tak cukup untuk membantu membekalkan lembapan pada kulit kepala. Dengan itu, sel kulit kepala mudah mati dan berkumpul seterusnya menjadikannya kuping atau menggelupas.
Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kejadian kulit kepala menggelupas. Jom kita semak sama-sama.

1. Mengurut Kulit Kepala
Urutan kulit kepala bukan hanya memberikan ketenangan dan membantu untuk mengurangkan tekanan, malahan urutan kulit kepala boleh membantu mengurangkan pengelupasan kulit kepala. Caranya adalah dengan mengurut kulit kepala ketika syampu atau menyapukan minyak pada rambut. Pastikan anda menggunakan hujung jari anda dan buka kuku ketika mengurut, nanti luka pula.
Terdapat banyak kebaikan jika kita selalu urut kulit kepala antaranya dapat melancarkan perjalanan darah pada kulit kepala, membantu untuk penghasilan minyak secara alami dan membantu merangsang folikel rambut supaya rambut tumbuh sihat. Jom buat scalp massage di Rusila Spa. Tempah slot Rebalancing Scalp Treatment sekarang untuk rasai urutan kepala yang menenangkan.
Apa kata anda buat scalp massage di Rusila Spa? Jika anda lakukan Rebalancing Scalp Treatment anda pun akan dapat scalp massage juga. Berminat? Tempah temujanji sekarang.

2. Pilih Syampu & Perapi Yang Bersesuaian
Pilihan produk penjagaan rambut yang sesuai semestinya diberi perhatian. Kadang-kadang ada antara kita ni suka je pilih syampu dan perapi yang tak sesuai dengan keadaan kulit kepala dan jenis rambut. Jadi untuk kulit kepala kering pastikan pilih syampu dan perapi yang dapat memberikan dan mengekalkan kelembapan supaya kulit kepala tidak kering.
Jangan lupa untuk masukkan penggunaan perapi dalam rutin penjagaan rambut anda. Ada antara kita yang seringkali skip step ini. Sebaiknya jangan kerana perapi yang bersesuaian dapat membantu mengekalkan kelembapan yang diperlukan oleh rambut.

3. Minum Lebih Banyak Air
Air yang mencukupi bukan sahaja dapat mengelakkan badan dari dehidrasi tapi dapat juga membantu memberikan kelembapan secukupnya pada kulit kepala dan rambut. Bila kulit kepala lembap jadi kulit kepala tidak akan mengering seterusnya tiada lagi kuping atau pengelupasan.
Ingat untuk cukupkan keperluan air oleh tubuh badan kita iaitu sebanyak 6-8 gelas sehari.

4. Percukupkan Nutrien Protein Dalam Sehari
Protein merupakan salah satu makronutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Rambut kita sendiri juga terdiri daripada 95% protein. Jadi untuk pastikan kulit kepala yang sihat, tidak kering dan pertumbuhan rambut yang cantik, perlulah cukup pengambilan protein dalam sehari.
Tingkatkan pengambilan protein yang mempunyai nilai biologikal tinggi seperti ikan, ayam, daging dan makanan laut. Jenis protein ini dapat membekalkan zat penting yang diperlukan untuk mengatasi masalah kulit kepala dan rambut.

5. Kurangkan Penggunaan Produk Stailing Rambut
Penggunaan produk stiling yang berlebihan pada rambut boleh membawa mudarat. Terutamanya jika kita tak cuci kulit kepala sebersihnya dan sisa produk masih terkumpul di rambut. ini akan menyebabkan masalah kulit kepala seperti berminyak, kering, berkuping dan menggelupas.
Jadi sebaiknya elakkan penggunaan produk stailing dan cuba stailing rambut tanpa penggunaan produk tersebut. Terdapat banyak gaya yang anda boleh cuba. Tapi jika anda memerlukan produk tersebut pastikan anda cuci kulit kepala anda sebersihnya.