Skip to main content

Pertumbuhan rambut yang sihat semestinya bermula dari dalam diri kita serta persekitaran. Di sini bermakna apa jua makan yang kita ambil dan apa jua persekitaran yang kita tempuhi akan mempengaruhi proses pertumbuhan rambut. Setiap helaian rambut terdiri dari komponen keratin iaitu sejenis protein yang memerlukan nutrisi yang cukup untuk memastikan pertumbuhan rambut berjalan baik, menjadi kuat dan cantik.

Setiap komponen nutrisi seperti karbohidrat, protein, lemak dan juga zat mineral amat diperlukan dalam memastikan rambut dapat tumbuh panjang dan sihat. Jika salah satu nutrisi tidak mencukupi makan proses fisiologi badan akan berubah seterusnya mempengaruhi pertumbuhan rambut. Keadaan ini seterusnya akan mengakibatkan masalah kebotakkan. Jadi apakah makanan yang terbaik untuk memastikan masalah ini dapat di atasi? Ada beberapa jenis makanan yang anda boleh amalkan yang mampu bekalkan nutrisi yang cukup untuk memastikan rambut tumbuh dengan baik.

1. Telur

Telur merupakan salah satu sumber makanan yang tinggi protein. Seperti yang disebut tadi, rambut terdiri dari protein keratin jadi mengambil telur dalam diet seharian dapat membantu untuk membekalkan sumber protein yang diperlukan untuk rambut anda. Selain itu, telur juga merupakan sumber biotin (Vitamin B7) yang mana amat penting dalam menghasilkan keratin. Keratin dapat meningkatkan kekuatan rambut serta dapat menghalang masalah kebotakkan.

2. Ikan Salmon

Ikan salmon selain merupakan sumber protein turut kaya dengan sumber vitamin D dan asid lemak omega-3 (omega-3 fatty acid). Batang rambut terdiri daripada kira-kira 3% asid lemak omega-3 serta  membantu untuk menghasilkan minyak semulajadi pada kulit kepala agar kekal terhidrat. Kulit kepala yang kekal terhidrat dan cukup nutrisi akan membantu pertumbuhan rambut untuk berjalan dengan baik. Vitamin D juga merupakan sumber nutrien yang diperlukan dalam memastikan kekuatan pertumbuhan rambut.

3. Ayam

Ayam adalah sumber tinggi protein. Jadi mengambilnya dalam diet harian dapat membantu pertumbuhan rambut berjalan lancar. Ayam juga sangat kaya dengan sumber zink. Kekurangan zink boleh menyebabkan kehilangan rambut seterusnya menyebabkan masalah kebotakkan. Zink amat penting dalam memastikan organ seluruh badan menerima oksigen akan fisiologi badan dapat berjalan lancar termasuk pertumbuhan rambut.

4. Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran berdaun hijau seperti bayam kaya dengan zat besi yang amat penting dalam proses pertumbuhan rambut. Zat besi membantu sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh termasuk folikel rambut untuk memastikan pertumbuhan rambut berjalan baik. Jika zat besi kurang, masalah kebotakkan akan terjadi. Bayam juga kaya dengan Vitamin A yang membantu kelenjar sebum menghasilkan minyak untuk hidratkan dan lembapkan kulit kepala.

5. Ubi Keledek

Ubi keledek sangat kaya dengan nutrien Vitamin A. Vitamin A membantu pertumbuhan rambut dengan memastikan kulit kepala kela lembap dan terhidrasi. Vitamin A membantu kelenjar sebum untuk hasilkan minyak semulajadi agar kulit kepala tidak kering seterusnya dapat mengurangkan masalah kelemumur. Selain itu, Vitamin A juga membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut.

6. Buah-Buahan Citrus

Buah oren, lemon atau buah-buahan citrus secara semulajadinya kaya dengan Vitamin C. Vitamin C juga amat penting dalam pertumbuhan rambut. Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi seterusnya membantu proses pengaliran oksigen ke folikel rambut. Proses ini membantu folikel mendapatkan nutrisi yang diperlukan seterusnya meningkatkan pertumbuhan rambut.

Sumber makanan yang mempunyai cukup nilai nutrisi yang diperlukan oleh badan amat penting dalam memastikan setiap proses fisiologi tubuh dapat berjalan baik. Sebab itu jika anda ingin lakukan diet pastikan anda dapatkan nasihat dari yang pakar agar dapat pastikan pemakanan dan diet anda tidak menjejaskan sistem tubuh badan anda. Selain pemakanan, pastikan juga anda dapatkan rawatan rambut dan kulit kepala yang khusus buat rambut anda untuk pastikan rambut anda kekal terhidrat, bersih dan kelihatan cantik menawan. Di Rusila Spa kami menyediakan pelbagai servis dan rawatan rambut yang sesuai buat rambut anda. Tempah temujanji anda atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply