Skip to main content

Cara Nak Kenal Pasti Jenis Kulit Kepala

Setiap orang mempunyai jenis kulit kepala yang berlainan. Ada yang mempunyai kulit kepala berminyak, kulit kepala kering dan ada juga yang mempunyai kulit kepala yang gatal. Pertumbuhan rambut boleh terganggu apabila kulit kepala mempunyai masalah. Oleh itu, kenal pasti jenis kulit kepala anda untuk pastikan masalah yang anda dapat elakkan. Barulah anda dapat rambut cantik menawan idaman anda.

Ada 2 faktor penting yang menentukan jenis dan tahap kesihatan kulit kepala anda iaitu keseimbangan pH serta berapa banyak minyak yang dihasilkan. Keseimbangan pH adalah skala yang menentukan sama ada kulit kepala anda bersifat alkali ataupun berasid. Skala ideal untuk keseimbangan pH bagi kulit kepala anda adalah antara 4.5 – 5.5. Kulit kepala perlu sedikit berasid untuk pastikan kulit kepala bersih dari sebarang pertumbuhan bakteria.

Penghasilan minyak pada kulit kepala anda juga menentukan tahap kesihatan kulit kepala anda. Pada kulit kepala terdapat kelenjar sebum (sebaceous gland) yang menghasilkan minyak semulajadi yang mana memberi kekuatan dan menjadikan rambut anda berkilat. Jadi sekarang pertanyaan anda mesti “bagaimana nak tentukan jenis kulit kepala?” Jom sama-sama kita kenal pasti.

Kulit Kepala Berminyak

Pernah tak anda dapati rambut anda bergumpal dan nampak lepek? Kadang-kadang anda boleh terasa rambut anda berminyak walaupun waktu siang hari? Jika ya jawapan anda, maksudnya kulit kepala anda mempunyai kelenjar minyak yang terlebih aktif. Penghasilan minyak yang berlebihan boleh menjadikan rambut anda kelihatan terlalu berminyak atau kulit kepala mempunyai kuping.

Cara Atasi: Pastikan anda menggunakan syampu yang mempunyai perkataan seperti ‘balancing’ ataupun ‘strengthening’. Kedua-dua jenis syampu ini mempunyai bahan yang mampu menghilangkan minyak berlebihan yang terhasil pada kulit kepala. Seterusnya dapat kembalikan keseimbangan rambut dan kulit kepala anda yang dapat membantu pertumbuhan rambut.

Kulit Kepala Kering

Jika kulit kepala anda selalu gatal-gatal dan bila anda garu akan ada debu-debu kering yang jatuh maknanya kulit kepala anda mungkin kering. Keadaan ini terjadi apabila kulit kepala anda mempunyai pH yang tinggi serta kekurangan penghasilan minyak semulajadi pada kulit kepala. Kulit kepala yang mempunyai pH yang tinggi menjadikan bakteria mudah membiak seterusnya menjadikan kulit kepala anda mudah terkena jangkitan dan rambut mudah gugur.

Cara Atasi: Pastikan anda rajin gunakan serum atau minyak rambut untuk mengembalikan kelembapan pada rambut. Untuk pastikan kulit kepala anda tak kering cuba syampu rambut anda secara berkala dengan syampu yang dirumus khas untuk pertumbuhan rambut dan membantu penghasilan minyak pada kulit kepala.

Kulit Kepala Kombinasi

Kulit kepala kombinasi adalah di mana anda mempunyai kulit kepala ada berminyak DAN kering. Biasanya rambut anda kelihatan kering tapi kulit kepala anda kelihatan berminyak dengan kehadiran kuping yang berwarna kuning (berminyak). Keadaan ini akan menjadikan rambut anda nampak tak bermaya dan kering. Keadaan ini juga terjadi kerana kulit kepala yang sensitif.

Cara Atasi: Pastikan anda gunakan syampu yang lembut (mild shampoo) yang mana dapat mengembalikan keseimbangan pH kulit kepala dan rambut serta serum yang membantu untuk memeberi kelembapan pada kulit kepala. Pastikan anda tidak menggunakan alat stailing atau produk stailing secara kerap untuk pastikan kulit kepala anda tidak terbeban.

Kulit Kepala Normal

Kulit kepala normal kebiasaannya tidak mempunyai masalah yang berlanjutan. Cuma ada ketikanya anda akan dapati terdapat tompokan berminyak atau rambut anda sedikit kering. Tapi ini bergantung kepada cuaca atau aktiviti seharian anda. Pastikan anda perhatikan sebarang perubahan untuk pastikan pertumbuhan rambut anda normal dan kesihatan kulit kepala anda terjaga.

Cara Atasi: Anda boleh lakukan rawatan rambut secara berkala untuk pastikan rambut anda kekal sihat dan terhidrat. Selain itu cuba gunakan perpi atau serum yang boleh membekalkan kelembapan yang diperlukan oleh rambut dan kulit kepala.

Jom Buat Scalp Treatment di Rusila Spa!

Pakej Rebalancing Scalp Treatment di Rusila Spa dapat membantu mengenal pasti jenis kulit kepala anda dan dapat menyelesaikan masalah kulit kepala anda. Scalp Analaysis akan dilakukan untuk kenal pasti masalah yang anda alami dan nasihat rawatan akan diberikan oleh Scalp Therapist yang berpengalaman. Book temujanji anda sekarang di Rusila Spa.

Leave a Reply