Seperti yang anda lihat pada gambar di atas, kebiasaannya teknik ini akan melibatkan beberapa orang untuk membantu proses luruskan rambut dengan seterika baju. Rambut akan dihamparkan di atas papan seterika dan seorang lagi akan membantu untuk ‘seterika’ rambut. Jadi lagi mudah untuk dapatkan hasil yang lebih cantik bila ada orang yang membantu.
Tapi bagaimana teknik ini membantu untuk meluruskan rambut? Seperti yang anda lihat fungsi seterika baju dapat diadaptasikan pada rambut kerana adanya penggunaan haba pada rambut. Dalam meluruskan rambut haba yang agak tinggi akan digunakan untuk memecahkan ikatan hidrogen pada partikel rambut yang membentuk rambut. Jadi apabila ikatan ini dipecahkan, bentuk rambut akan menjadi flat dan seterusnya akan berubah menjadi lurus. Jika anda lihat fungsi seterika baju adalah sama dengan flat iron yang biasanya digunakan untuk meluruskan rambut. TETAPI anda harus ingat, hasil ini adalah bersifat sementara bermakna rambut anda boleh berubah bentuk kepada yang asal seperti biasa.