Skip to main content

Nak Kulit Kepala Bebas Masalah, Lakukan Tip-Tip Ini

Kulit kepala boleh dianalogikan sebagai tanah yang mana bila ia subur maka pokok akan tumbuh dengan baik. Begitu juga dengan kulit kepala kita. Kulit kepala yang sihat akan membantu memastikan pertumbuhan rambut yang sihat seterusnya menjadikan rambut sihat dan cantik.

Masalah kulit kepala sering terjadi apabila kita tidak memberikan perhatian yang khusus dalam penjagaannya. Banyak antara kita yang memberikan perhatian dan keutamaan kepada masalah rambut, satunya sebba rambut nampak pada mata kasar kalau kulit kepala kita tak nampak melainkan kalau adanya debu-debu putih jatuh melekat pada baju atau kulit kepala jadi gatal-gatal. dan yang palik teruk rambut gugur berterusan. Oh No!

Bila masalah kulit kepala dah teruk barula kita nak cari penyelesaian kan? Jadi apa kata anda lakukan tip-tip dibawah ini untuk pastikan kesihatan kulit kepala sihat, terjaga dan bebas dari masalah yang serius.

1. Produk Penjagaan Rambut Pastikan Bebas Dari Bahan Kimia Berbahaya

Produk penjagaan rambut yang mengandungi sulfate, alcohol dan wangian boleh mengakibatkan kulit kepala bermasalah. Sulfate dan alcohol berupaya menarik keluar minyak semulajadi yang terhasil pada kulit kepala menjadikan kulit kepala kering dan mudah untuk menjadi radang atau iritasi. Bila kulit kepala mengalami keradangan atau iritasi, kulit kepala akan mudah menjadi sensitif. Wangian pula akan mudah menjadikan kulit kepala yang sensitif pedih dan gatal-gatal.

Pastikan anda melihat kandungan yang tertera pada produk penjagaan rambut bebas dari bahan-bahan ini bagi memastikan kesihatan kulit kepala lebih terjaga.

 

2. Pastikan Syampu Dengan Lembut

Pastikan anda tidak syampu rambut anda dengan kuat atau kasar. Hanya gunakan hujung jari anda untuk mengurut kulit kepala ketika syampu kerana boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala. Bila anda nak syampu rambut elakkan syampu dengan kasar dengan kuat kerana boleh menyebabkan luka pada kulit kepala.

3. Kurangkan Kekerapan Mencuci Rambut

Secara logiknya mesti lagi kita basuh rambut lagi bersih rambut kan? Tapi tahukah anda bila anda kerap basuh rambut kulit kepala akan jadi bermasalah? Ini kerana membasuh kulit kepala dengan kerap akan menjadikan minyak yang semulajadi terhasil pada rambut akan berkurangan seterusnya keadaan ini akan menjadikan kulit kepala menghasilkan lebih banyak minyak. Keadaan ini yang akan menjadikan rambut dan kulit kepala lebih berminyak dan dalam situasi yang sama juga kulit kepala boleh menjadi terlalu kering.

Mengikut nasihat professional sebaiknya anda membasuh rambut paling banyak dalam 3-4 kali seminggu, ini bagi memastikan kulit kepala kekal lembap dan tidak kering. Seterusnya rambut dapat tumbuh dengan sihat.

 

4. Gunakan Skrub Kulit Kepala

Skrub kulit kepala membantu untuk menyingkirkan dan membuang sisa kotoran, sel kulit mati, kelemumur dan minyak yang berlebihan. Skrub juga membantu dalam melancarkan peredaran darah pada kulit kepala, memudahkan nutrisi diserap ke dalam kulit kepala kerana pori-pori tidak lagi tersumbat. Serta yang utama sekali dapat meningkatkan pertumbuhan rambut secara keseluruhannya.

5. Tingkatkan Pengambilan Omega-3 Dalam Diet Seharian

Omega-3 dapat mengurangkan masa rambut gugur dan meningkatkan pertumbuhan rambut. Kajian telah dilakukan pada tahun 2015 yang menunjukkan peserta yang mengambil suplemen Omega-3 mendapati densiti rambut mereka meningkat dan mengurangkan rambut gugur.

Omega-3 mampu mengurangkan keradangan kulit kepala yang menjadi penyebab rambut gugur serta meningkatkan peraliran darah pada kulit kepala.

 

6. Lakukan Rawatan Kulit Kepala Secara Berkala

Tahukah anda, anda perlu lakukan rawatan kulit kepala sebaiknya 6 minggu sekali? Rawatan kulit kepala membantu untuk membersih kulit kepala secara keseluruhan dan mengelakkan dari pori-pori rambut tersumbat yang menjadika kulit kepala tidak mendapat nutrisi yang diperlukan.

Rawatan kulit kepala di Rusila Spa iaitu Rebalancing Scalp Treatment membantu seimbangkan kembali nutrisi kulit kepala dan menjadikan kulit kepala terhidrat dan sihat. Yang pastinya, anda akan menjalani scalp analysis dan sesi konsultasi bersama scalp therapist kami untuk pastikan masalah anda dapat dirawat sebaiknya. Untuk pertanyaan lanjut anda boleh hubungi kami atau nak book temujanji boleh klik di sini.

Leave a Reply