Skip to main content

Bleaching adalah satu proses di mana warna asal rambut akan dilunturkan bagi memudahkan warna rambut diingini dapat di hasilkan pada rambut. Proses ini melibatkan bahan kimia yang mana boleh mendedahkan rambut pada kerosakan. Ini kerana bahan kimia yang digunakan akan membuatkan rambut mudah kering, rapuh dan rosak.

Tapi anda jangan bimbang, masalah ini dapat dielakkan jika teknik bleaching yang dilakukan adalah betul dan rambut dijaga dengan baik selepas proses ini. Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk pastikan rambut anda kekal sihat selepas proses bleaching.

1. Elakkan Cuci Rambut Secara Kerap

“Eh kalau tak cuci nanti rasa rimas”- Mesti ramai kan kata macam ni tapi sebenarnya untuk pengetahuan anda, lagi kurang anda cuci (syampu) rambut lagi cepat rambut jadi kering. Nak-nak kan lagi selepas anda bleach. Proses bleaching boleh menyebabkan rambut jadi kasar. Jika anda cuci rambut anda dengan kerap minyak semulajadi yang ada pada rambut akan hilang seterusnya rambut anda akan hilang kelembapan dan cepat jadi kasar dan kering.

Opsyen yang anda boleh gunakan adalah dry shampoo. Penggunaan dry shampoo akan bantu hilangkan rasa berminyak pada rambut dan nampakkan rambut anda lebih segar dan bermaya.

2. Lakukan Kaedah Deep Conditioning

Deep conditioning membantu merawat dan mengembalikan kekuatan rambut yang telah di-bleach serta mengekalkan warna rambut. Proses ini membantu menjadikan rambut terhidrat dan sihat jadi rambut anda akan kelihatan lebih segar dan cantik.

Lakukan proses ini sebanyak seminggu sekali dan kebiasaannya produk deep conditioning mempunyai tekstur yang lebih pekat berbanding perapi biasa. Jadi pastikan anda pilih produk yang betul ya.

3. Gunakan Hair Mask Dalam Rutin Penjagaan Rambut

Penggunaan hair mask secara berkala boleh memastikan rambut yang di-bleach lebih sihat dan berkilat. Hair mask membantu memberikan kelembapan pada rambut nak-nak lagi bila rambut mudah rasa kering atau jadi rosak. Hair mask juga memberikan nutrisi serta memastikan rambut yang di-bleach kekal terhidrat supaya kelihatan berkilat dan cantik.

4. Elakkan Guna Alat Stailing Rambut

Alat stailing rambut yang menggunakan haba boleh menyebabkan rambut cepat kering dan hilang kelembapan. Seperti yang dibincangkan tadi rambut yang di-bleach mudah jadi kering dan rosak. Jadi penggunaan alat stailing rambut dengan haba yang tinggi akan menyebabkan rambut lagi cepat terdedah kepada kerosakan.

Jika anda nak gunakan alat stailing rambut ini juga, pastikan anda gunakan suhu yang rendah. Pastikan juga anda gunakan heat-protectant spray pada rambut untuk melindungi rambut dari haba yang tinggi dan terhindar dari kerosakan.

5. Gunakan Air Sejuk

Gunakan air yang sejuk bila nak cuci rambut. Tak nafi kalau air yang bersuhu agak tinggi atau suam akan buat kita jadi segar dan tenang tapiii… Air yang bersuhu tinggi ini laa yang akan cepat menghilangkan minyak semulajadi pada rambut. Keadaan ini akan cepat jadikan rambut kering dan paling teruk adalah warna rambut jadi luntur. Jadi pastikan anda guna air yang bersuhu rendah atau sejuk untuk pastikan minyak semulajadi rambut kekal pada rambut.

6. Trim Rambut Secara Berkala

Proses bleaching mudah menyebabkan rambut jadi bercabang kerana rambut mudah jadi kering. Jadi untuk elakkan masalah ini pastikan anda trim bahagian tersebut untuk pastikan rambut kekal nampak sihat dan cantik.

Proses penjagaan rambut bleaching sebenarnya tak renyah asalkan anda tahu asas penjagaan pasti rambut anda kekal nampak sihat dan cantik. Pastikan juga anda dapatkan khidmat bleaching rambut ini di salon yang terlatih. Kalau boleh elakkan buat sendiri proses ini kerana salah teknik rambut anda akan mudah jadi rosak. Kalau anda ada berdekatan Sungai Petani jom dapatkan pakej Organic Hair Color di Rusila Spa, warna yang ditawarkan adalah premium, cantik dan pentingnya boleh dibawa untuk solat. Book slot anda sekarang.

Leave a Reply