Skip to main content

Nak dapat rambut yang cantik dan menawan tak susah sebenarnya. Tapi yang mencabarnya adalah mengekalkan keadaan rambut tersebut. Penjagaan rambut yang rapi perlu dilakukan dalam memastikan keadaan rambut yang baik dapat dikekalkan. Tapi tak dapat nafikan ada beberapa perkara yang boleh membuat rambut anda terdedah kepada pelbagai kerosakkan. Oleh itu anda perlu tahu perkara ini dan cuba elak dari melakukannya.

Jom kita semak perkara yang boleh dedahkan rambut kepada kerosakan.

1. Salah Cara Menyikat Rambut

Tahukah anda cara anda menyikat rambut mungkin salah? Kebanyakkan dari kita akan selalu sikat rambut dari akar ke hujung rambut ataupun dari atas rambut hingga bawah. Adakalanya juga bila rambut kita kusut dan tersekat pada rambut kita mudah rentap rambut dengan kuat maka banyak rambut jadi putus. Pastikan anda elakkan dari melakukan perkara ini. 

Teknik yang betul dalam menyikat rambut adalah menyikat rambut dari hujung ke akar atau dari bawah ke atas. Sebaiknya anda sikat hujung rambut secara lembut dan baru perlahan-lahan bergerak ke bahagian atas. Teknik ini dapat pastikan rambut teratur dan dapat mengurangkan masalah kusut.

2. Mengikat Rambut Dengan Ketat

Perkara ini yang anda paling perlu elakkan. Sememangnya kita lebih rasa selamat bila ikat rambut dengan ketat lebih-lebih lagi kalau rambut kita panjang dan bertudung. Tapi jika anda lakukan perkara ini dengan kerap, lagi mudah rambut anda untuk jadi cepat putus dan rosak. Ikatan rambut yang ketat akan memberikan tekanan yang tinggi pada rambut dan menyebabkan rambut anda susah untuk bernafas. 

Jadi sebaiknya anda bila anda nak ikatkan rambut, pastikan anda longgarkan sedikit ikatan tersebut untuk pastikan ada ruang untuk rambut bernafas. Elakkan juga ikat rambut secara kerap dalam tempoh yang lama. Biarkan rambut anda tanpa ikatan untuk beri ruang pada rambut anda.

3. Cuci Rambut Dengan Kerap

Tahukah anda cuci rambut dengan menggunakan syampu secara kerap boleh dedahkan rambut kepada kerosakan? Ini kerana setiap kali anda mencuci rambut dengan menggunakan syampu, syampu tersebut akan cepat hilangkan minyak semulajadi yang ada pada rambut. Minyak semulajadi ini amat penting dalam memastikan rambut anda lembap dan kekal terhidrat. Jika rambut anda kurang kelembapan maka rambut anda mudah jadi kering dan untuk jangka masa yang lama, rambut anda jadi rosak.

Jadi sebaiknya anda cuci rambut anda dengan syampu dalam 2-3 kali seminggu untuk pastikan kelembapan rambut dikekalkan selain memastikan kulit kepala anda bersih. Jika rambut anda nampak berminyak dan tidak bermaya, cuba gunakan dry shampoo sebagai pengganti.

4. Mengamalkan Diet Yang Tidak Seimbang

Apabila sebut tentang diet selalunya orang akan fikir tentang mengehadkan pengambilan makanan atau tidak mengambil tertentu. Sebenarnya diet adalah cara pemakanan seharian kita. Teknik diet yang salah dengan tidak mengambil makanan atau mengehadkan pengambilan tanpa mengetahui cara sebenar akan menjejaskan kesihatan rambut. Sebab itu kalau anda perasan jika kita melakukan diet yang ekstrim dengan tak makan sangat biasanya kita akan hadapi masalah rambut seperti rambut gugur. 

Diet yang seimbang perlu dilakukan di mana setiap makanan yang kita ambil mempunyai nutrisi yang cukup bagi badan kita melakukan proses fisiologi termasuklah membantu kesihatan dan pertumbuhan rambut. Terdapat beberapa jenis makanan yang anda boleh fokuskan dan masukkan dalam diet seharian untuk memastikan nutrisi, zat dan mineral diperlukan oleh rambut dapat dipenuhi. Nak tahu? Anda boleh teruskan pembacaan di sini.

5. Guna Syampu Yang Mengandungi Bahan Kimia

Kebanyakkan syampu serta produk penjagaan rambut yang lain mempunyai bahan kimia seperti SLS, SLES dan Paraben. Ketiga-tiga bahan ini terbukti boleh menyebabkan iritasi pada kulit kepala serta mengeringkan kulit kepala. Pastikan anda lihat dahulu senarai bahan yang ada dalam produk tersebut untuk memastikan produk yang anda bakal gunakan bebas bahan kimia.

Anda juga boleh mencari produk penjagaan rambut yang berasaskan organik kerana bahan yang terkandung dalam produk ini boleh membekalkan nutrisi serta mengekalkan kesihatan rambut.

6. Mandi Dalam Air Klorin

Anda suka berenang dalam kolam? Hati-hati kerana air klorin berupaya merosakkan rambut anda. Klorin mudah menjadikan rambut cepat kering serta kusut. Keadaan ini akan mengakibatkan rambut cepat rosak dan putus. Ini tak bermakna anda tak boleh lakukan aktiviti berenang. Semestinya boleh sebab aktiviti berenang ni kan aktiviti yang menyihatkan cuma anda boleh cuba pakai topi kalis air ketika lakukan aktiviti ini. Baru laa rambut anda terlindung dari air klorin dan kesihatan rambut terjaga.

Dalam mendapatkan rambut yang sihat dan terhindar dari kerosakan anda perlu pastikan yang anda elakkan dari lakukan perkara di atas. Selain itu penjagaan rambut yang rapi juga perlu dilakukan termasuklah melakukan rawatan pada rambut anda. Di Rusila Spa terdapat pelbagai rawatan yang anda boleh lakukan untuk pastikan kesihatan rambut anda terjaga. Bila rambut sihat baru laa keyakinan diri bertambah, kan? Untuk pertanyaan pakej serta servis yang ada anda boleh hubungi kami.

Leave a Reply