Skip to main content

Macam Mana Nak Jaga Rambut Selepas Proses Rebonding?

Proses rebonding rambut adalah salah satu proses meluruskan rambut yang mana sering menjadi pilihan bagi wanita yang mempunyai struktur rambut kerinting atau ikal yang tidak terurus. Proses rebonding rambut adalah proses kimia yang mana bahan kimia digunakan untuk memecahkan ikatan protein rambut dan mengubah struktur rambut secara kekal.

Hasil rebonding rambut boleh bertahan dari 6 bulan hingga 1 tahun atau sehingga rambut baru tumbuh. Kebanyakkan orang lebih menyukai proses ini kerana rambut kelihatan lurus terurus dan cantik serta tak perlu susah-susah untuk stailkan rambut kembali. Tapi perlu diingatkan, penjagaan rambut selepas rebonding perlu ditekankan untuk pastikan rambut kekal kelihatan lurus. Kalau tak, nanti hasil rambut lurus akan mudah terganggu serta rambut boleh cepat jadi rosak. Jadi macam mana nak jaga rambut selepas proses rebonding ini? Nak tahu? Jom ikuti perkongsian di bawah.

1. Elak Basahkan Rambut 3 Hari Selepas Rebonding

Anda dinasihatkan untuk tidak basahkan rambut anda setelah proses rebonding dalam 3 hari (72 jam). Ini bagi memastikan bahan kimia yang digunakan betul-betul meresap masuk ke dalam rambut dan dapat membetulkan struktur rambut sebaiknya dalam menghasilkan rambut lurus. Jika nak mandi pastikan anda guna shower cap. Tapi pastikan anda tak membungkus atau menggulung rambut anda.

2. Jangan Ikat Rambut Dengan Ketat

Pada peringkat awal proses rebonding rambut, rambut mudah mengikut bentuk yang dikenakan sebaga contoh ikatan rambut yang ketat akan merosakkan struktur rambut lurus. Menyelit rambut pada belakang telinga juga perlu dielakkan untuk pastikan hasil rambut lurus tidak rosak.

3. Gunakan Serum Rambut Atau Vitamin Rambut

Bila anda buat proses kimia, rambut akan mudah terdedah dengan kerosakkan dan boleh menyebabkan rambut kering. Jadi untuk mengembalikan kesihatan rambut selepas proses ini, pastikan anda gunakan serum rambut dan juga vitamin rambut bagi membekalkan nutrisi pada rambut. Serum dan vitamin rambut juga boleh memberikan lembapan secukupnya pada rambut dalam memastikan rambut kekal lembap dan tidak kering.

 

4. Gunakan Sikat Bergigi Lebar

Sikat atau berus rambut yang bergigi lebar boleh bantu memastikan rambut kekal lurus. Sikat bergigir lebar boleh menghalang masalah rambut kusut. Kerana proses rebonding boleh mengakibatkan rambut cepat kering, jadi rambut berupaya untuk jadi kusut. Untuk elakkan masalah ini, gunakan sikat yang bergigi lebar agar rambut dapat dirapikan dengan baik.

5. Elak Warnakan Rambut Dalam Masa Terdekat

Proses rebonding rambut dan warnakan rambut kedua-duanya melibatkan penggunaan bahan kimia. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan boleh menyebabkan rambut mudah rosak. Sebaiknya berikan penjagaan terbaik pada rambut selepas proses rebonding rambut sebelum memutuskan untuk mewarnakan rambut. Jika anda nak warnakan rambut sebaiknya lakukan dalam 6-7 bulan ke atas selepas proses rebonding.

6. Jangan Lupa Untuk Trim Rambut

Proses rebonding rambut boleh mengakibatkan rambut mudah rosak jadi hujung rambut akan cepat jadi bercabang. Untuk pastikan rambut kekal cantik dan sihat, pastikan anda cuba trim rambut setiap 6 hingga 8 minggu. Ini untuk pastikan rambut kekal sihat dan mengelakkan rambut rosak dari hujung rambut ke atas.

Ini antara penjagaan rambut yang anda boleh lakukan selepas proses rebonding rambut. Yang paling pentingnya juga, pastikan proses rebonding ini anda lakukan di salon yang berpengalaman dan terlatih. Proses ini melibatkan bahan kimia, jadi jika tidak dilakukan dengan baik, rambut akan lebih terdedah kepada kerosakkan.

Di Rusila Spa ada 2 proses rebonding rambut yang anda boleh pilih iaitu Organic Hair Rebonding dan Soft Hair Rebonding. Kedua-dua proses ini boleh dilakukan mengikut kepada jenis rambut anda. Nak tahu mana yang sesuai untuk anda? Tempah temujanji anda hari ini atau hubungi kami untuk info lanjut mengenai harga pakej.

Leave a Reply