Skip to main content

Anda mengalami masalah seperti kulit kepala gatal, ada debu putih jatuh di baju ataupun rambut makin menipis? Tahukah anda simptom-simptom ini menandakan bahawa kulit kepala anda tidak sihat?

Masalah kulit kepala sering dilupakan kerana keadaan kulit kepala itu sendiri tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kadang-kadang kita lebih menjaga keadaan rambut sahaja dan kurang memberi tumpuan kepada kulit kepala kerana kita dapat lihat sebarang perubahan pada rambut dengan mata kasar. Tapi sebenarnya masalah rambut boleh berlaku disebabkan oleh kulit kepala itu sendiri.

Disebabkan itu, sangat penting untuk anda jalani scalp analysis ataupun analisis kulit kepala di salon untuk mengetahui keadaan dan status kulit kepala anda.

Apakah itu Scalp Analysis?

Scalp Analysis adalah satu cara untuk mengetahui keadaan kulit kepala. Kebiasaannya satu scope ataupun probe pembesar digunakan untuk melihat keadaan kulit kepala dengan lebih dekat lagi. dari analisis ini, kita dapat menegtahui status atau kondisi kulit kepala. densiti rambut yang ada pada kulit kepala serta folikel rambut. Analisis ini amat penting dalam memberi gambaran keadaan kulit kepala serta panduan dalam menyediakan rawatan bagi mengatasi masalah kulit kepala yang dihadapi.

Kepentingan Scalp Analysis

1. Dapat Tahu Status Kesihatan Kulit Kepala

Kelemumur atau debu pada rambut biasanya kita dapat lihat dengan mata kasar apabila ia jatuh pada baju. Tapi dengan scalp analysis anda dapat lihat dengan lebih dekat keadaan kulit kepala yang berkelemumur atau berkuping.  Keadaan sebegini menunjukkan status kulit kepala yang kering. Keadaan kulit kepala yang berkilat pula menunjukkan kulit kepala tersebut menghasilkan minyak yang berlebihan. Ada satu tips buat anda yag ingin lakukan scalp analysis, sebaiknya ada elak basuhkan rambut 24 jam sebelum temujanji untuk dapatkan gambaran status kulit kepala yang lebih jelas.

 

2. Dapat Tahu Densiti Rambut

Masalah kulit kepala yang teruk dapat menjejaskan pertumbuhan rambut. Keguguran rambut yang berlarutan boleh disebakan oleh masalah kulit kepala yang tidak dirawat. Dengan scalp analysis jumlah rambut pada satu kawasan kulit kepala dapat diketahui seterusnya dapat kita tahu status masalah keguguran rambut. Untuk menyelesaikan masalah keguguran rambut ini, rawatan kulit kepala diperlukan. Rawatan ini dapat membantu menyuburkan kembali folikel rambut dengan nutrien tambahan agar kulit kepala lebih sihat dan bersih seterusnya membantu rambut tumbuh dengan lebih baik.

3. Menunjukkan Pengaliran Darah Pada Kulit Kepala

Pengaliran darah yang lancar sangat penting untuk pastikan segala nutrien dapat dibekalkan pada rambut seterusnya menjadikan rambut dan kulit kepala lebih sihat. Dengan scalp analysis keadaan aliran darah pada rambut dapat dilihat serta kita dapat tahu sama ada kulit kepala sensitif atau mengalami keradangan. Kulit kepala yang mempunyai jangkitan atau radang menyebabkan kegatalan. Jadi rawatan kulit kepala penting bagi memastikan masalah ini dapat diatasi.

 

4. Dapat Tahu Status Pori Rambut

Pori rambut yang sihat sepatutnya bersih dari minyak berlebihan dan sel kulit mati. Masalah kulit kepala akan terjadi apabila minyak yang berlebihan dan pengumpulan sel kulit mati tertumpu pada pori rambut seterusnya menjadikannya tersumbat. Bila keadaan ini berlaku maka nutrisi tidak dapat dibekalkan pada kulit kepala. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui scalp analysis. Kerana itu rawatan kulit kepala diperlukan untuk membersihkan kulit kepala serta pori rambut seterusnya menjadikan kulit kepala lebih sihat.

Sebelum Rawatan
Selepas Rawatan

Di Rusila Spa scalp analysis ditawarkan dalam pakej rawatan kulit kepala iaitu Rebalancing Scalp Treatment. Rawatan ini membantu membersihkan kulit kepala, meneutralisasikan kulit kepala kembali serta menyuburkan kulit kepala. Berminat dengan pakej ini? Tempah temujanji anda sekarang.

Leave a Reply