Skip to main content

Rambut beruban biasanya menandakan penuaan tapi boleh juga terjadi di awal remaja kerana beberapa faktor seperti genetik, masalah auto-immune, masalah hormon dan juga disebabkan oleh stress. Uban terjadi apabila sel yang menghasilkan pigmen warna asal rambut telah mati dan meninggalkan hanya beberapa sel pada rambut yang kekal menghasilkan pigmen warna rambut. kerana itu semakin lama uban akan makin kelihatan.

Pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menjadi salah satu faktor yang meningkatkan dan mempercepatkan masalah uban ini. Kekurangan beberapa nutrien boleh mengakibatkan masalah ubah terjadi, Disebabkan itu pemakanan yang seimbang perlu diutamakan untuk pastikan nutrisi diperlukan oleh rambut mencukupi. Nak-nak lagi pada bulan puasa ini, anda perlu pastikan pemakanan anda seimbang supaya rambut anda kekal sihat dan cantik. Ada beberapa makanan yang mempunyai nutrisi yang diperlukan untuk pastikan masalah uban ini dapat dielakkan.

1. Hati

Hati lembu mungkin antara salah satu makanan yang tak ramai makan tapi sebenarnya mengandungi banyak nutrien yang diperlukan dalam memastikan rambut tidak beruban. Nutrien yang ada dalam hati adalah Vitamin B12, Copper (tembaga), Zat Besi dan Vitamin B9. Vitamin B12 bekerjasama dengan Vitamin B9 dalam menghasilkan darah merah dan meastikan kesihatan rambut. Semakin berumur, keupayaan badan kita untuk menyerap vitamin B12 berkurangan disebabkan itu terjadinya uban. 

Kekurangan Vitamin B9 juga menjadikan rambut beruban di mana kekurangan Vitamin B9 menjadikan penghasilan melanin berkurangan. Melanin ini sangat penting dalam menghasilkan warna pada rambut. Bila melanin berkurangan maka makin cepat rambut hilang warna asal. Kekurangan mineral Zat Besi dan Copper pula boleh menyebabkan masalah premature graying yang mana rambut cepat beruban sebelum masanya.

2. Ikan Salmon

Ikan Salmon adalah makanan yang sentiasa dipilih bila nak plan menu untuk kuruskan badan tapi anda tahu tak Ikan Salmon juga membantu melambatkan terjadinya uban serta membantu mengekalkan warna rambut. Ikan Salmon mempunyai nutrien seperti Vitamin D, Omega-3, Protein dan Selenium. Perubahan hormon yang terjadi akan mempercepatkan masalah uban dan mineral Selenium membantu proses penghasilan hormon agar menjadi normal. 

Kekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan masalah uban berlaku. Jadi mengambil ikan salmon dalam diet seharian mampu membekalkan Vitamin D serta nutrisi lain seperti Omega-3 dan Protein yang membantu mengelakkan masalah uban dari berlaku serta mengekalkan kesihatan rambut.

3. Rumpai Laut

Antara rahsia kecantikkan warna rambut para wanita di Jepun adalah dengan mengambil Rumpai Laut dalam diet seharian. Rumpai laut mempunyai tinggi kolagen yang membantu dalam kesihatan rambut. Rumpai laut juga tinggi pelbagai nutrien seperti Vitamin A & C, Zink serta Beta-Carotene yang membantu mengekalkan kecantikkan, kesihatan serta warna rambut.

4. Limau Tangerin

Limau Tangerin biasanya menjadi pilihan kerana keseimbangan rasa manis dan masamnya serta selalu dicari bila musim perayaan Tahun Baru Cina. Tapi tahukah anda limau tangerin juga membantu mengurangkan masalah uban? Limau Tangerin mempunyai tinggi Vitamin C yang mana sangat penting dalam menghasilkan kolagen. Penghasilan kolagen penting dalam mengekalkan kesihatan rambut serta mengekalkan warna rambut.

5. Dark Chocolate

Berita baik buat si penggemar coklat, Dark Chocolate mempunyai tinggi mineral zat besi dan copper yang mana sangat penting dalam memastikan warna rambut kekal serta megelakkan masalah uban. Satu kajian telah menunjukkan kekurangan ferritin iaitu tempat penyimpanan Zat Besi dalam darah akan menyebabkan berlakunya masalah uban. Kekurangan Copper juga akan mengganggu penghasilan melanin yang membantu dalam mengekalkan warna rambut asal. Semakin umur bertambah, semakin kurang mineral copper dalam badan jadi mengambil Dark Chocolate akan membantu rambut anda kekal dengan warna asal dan kelihatan sihat.

Ini antara makanan yang mempunyai tinggi nutrisi yang diperlukan oleh rambut dalam memastikan warna rambut kekal serta cantik. Penghasilan uban adalah masalah yang tidak dapat dielak bila kita semakin berusia. Tapi tak bermakna anda tak boleh tampil bergaya dan menarik. Di ruSilaspa kami mempunyai pakej Henna Herbal yang mana anda boleh pilih untuk warnakan rambut anda. Warna asal henna akan nampak menarik pada rambut yang beruban dan kelihatan seperti highlight yang natural. Satu lagi kebaikannya adalah, kulit kepala juga akan menjadi semakin sihat kerana henna kaya dengan nutrisi, mineral dan komponen yang membantu merawat serta menyihatkan kulit kepala. Berminat dengan pakej ini? Tempah temujanji anda sekarang.

Leave a Reply