Skip to main content

Rambut merupakan mahkota kebanggaan wanita. Tidak kiralah sama ada seorang wanita itu bertudung mahupun tidak, kesihatan rambut mesti menjadi keutamaan utama. Rambut yang cantik dan sihat mampu meningkatkan rasa keyakinan pada diri seterusnya mampu menjadikan seorang wanita itu lebih bermotivasi untuk hadapi aktiviti seharian. Tak dapat dinafikan kesihatan rambut ini agak rumit nak dilakukan nak-nak lagi jika berhijab serta sibuk dengan aktivti seharian seperti bekerja. Bila mula sibuk, pada waktu tersebutlah kita mudah pandang enteng tentang penjagaan rambut seterusnya akan menyebabkan masalah dan kerosakan rambut seperti rambut gugur, mudah bercabang, berbau dan kusam.

Rambut berbau biasanya merupakan masalah ‘common’ yang biasa dihadapi oleh wanita berhijab terutamanya. Ini kerana bila kita bertudung, kawasan rambut kita ditutup, keadaan ini akan menyebabkan rambut susah untuk bernafas. Jika penjagaan rapi tak diambil endah maka makin mudah untuk rambut mengeluarkan bau. Bila berbau mula laa keyakinan diri berkurang. Nak buat aktiviti seharian pun tak tenang kan? Tak apa, ada beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk elak masalah ini.

5 Tips Utama Untuk Elakkan Rambut Berbau

1. Pastikan Rambut Dikeringkan Terlebih Dahulu

Kebiasaannya bila kita sibuk dengan aktiviti seharian, kita mudah ambil ringan dengan tidak mengeringkan rambut secara keseluruhan lepas mandi. Keadaan ini akan mengakibatkan rambut akan jadi cepat berbuah, berminyak dan berkelemumur. Bila ada masalah rambut seperti ini maka lagi mudah menjadikan rambut berbau. 

Jadi pastikan anda mengeringkan rambut anda dahulu sebaiknya secara ‘air-dry’. Jika anda menggunakan tuala pastikan anda tidak menggosok rambut anda terlalu kuat dan jika anda nak gunakan pengering rambut pastikan anda gunakan ‘heat protectant spray’ supaya rambut anda terlindung dari haba tinggi.

2. Pakai Anak Tudung & Tudung Yang Bersesuaian

Bila pakai anak tudung dan tudung pastikan anda memilih material yang menyerap peluh serta mempunyai pengudaraan yang baik. Ini kerana bila kita pakai tudung bermakna rambut kita berada dalam kawasan tertutup. Biasanya dalam keadaan begini rambut akan jadi cepat berpeluh. Jika material yang digunakan tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak menyerap peluh dengan baik maka rambut akan mudah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Sebaiknya anda pilih material kapas yang mana berupaya menyerap peluh dengan baik serta dapat memberi pengudaraan yang baik. Jadi rambut anda akan mudah bernafas, peluh pun mudah diserap dan rambut anda akan lebih sihat. Pastikan juga anda tak gunakan anak tudung berulang kali kerana bakteria yang terkumpul akan mudah menjadikan rambut anda berbau.

3. Jangan Ikat Rambut Terlalu Ketat

Mengikat rambut terlalu ketat akan menyebabkan rambut mudah rosak. Ini kerana rambut akan sukar untuk bernafas dan beban rambut juga akan meningkat. Jadinya rambut akan mudah patah dan nampak tak bermaya.

Pastikan anda mengikat rambut tak terlalu ketat dan pastikan material ikatan rambut anda diperbuat dari kain yang lembut supaya rambut anda tak tertarik terlalu kuat dan lebih selesa.

4. Syampu Rambut 2 hingga 3 Kali Seminggu

Syampu rambut dapat memastikan rambut tampak sihat dan segar. Namun, pastikan anda syampu rambut anda secara berkala iaitu dalam 2-3 kali seminggu. Ini kerana bila anda syampu rambut secara kerap rambut anda akan mudah kehilangan minyak semulajadi yang ada pada rambut. Minyak semulajadi ini berperanan untuk melembapkan rambut serta melindungi rambut. Jika anda syampu secara kerap maka keseimbangan kulit kepala akan berkurang dan rambut pun akan mudah bermasalah seperti mengeluarkan bau yang hapak, kusam, kering dan tak terurus.

Jadi pastikan anda syampu rambut anda secara berkala bagi mengelakkan masalah ini.

5. Gunakan Syampu & Perapi Rambut Yang Bersesuaian

Syampu dan perapi rambut yang bersesuaian dengan jenis rambut sangat penting bagi memastikan nutrisi yang diperlukan oleh rambut dapat dipenuhi. Sebaiknya anda gunakan syampu mengikut jenis rambut dan kulit kepala anda serta yang bebas kimia supaya kesihatan dan keselamatan rambut anda terjaga. 

Pastikan juga anda gunakan perapi pada rambut anda. Sesetengah orang hanya syampu rambut tanpa gunakan perapi. Sebaiknya anda gunakan perapi untuk pastikan kelembapan rambut dapat dipenuhi dan rambut akan menjadi lebih berkilat dan sihat. Tapi pastikan anda tidak menyapu perapi pada kulit kepala. Ini kerana kulit kepala akan menjadi bertambah berminyak. Keadaan ini seterusnya akan mengakibatkan masalah rambut yang lain pula nanti.

Haa mudah kan 5 tips ini? Nak jaga rambut tak serumit yang disangka bila kita tahu cara yang terbaik. Satu lagi untuk pastikan kesihatan dan kesegaran rambut anda terjaga pastikan anda lakukan rawatan rambut di salon secara berkala. Rawatan rambut ini membantu memberikan nutrisi yang secukupnya dan dapat mengimbangi kesihatan kulit kepala anda. Selain itu rawatan rambut dapat membantu merawat masalah rambut mengerbang, kusut dan tak terurus agar tampak sihat dan cantik menawan. Di Rusila Spa rawatan rambut yang ditawarkan adalah Luxury Hair Treatment yang mana hasilnya rambut anda akan jadi lebih sihat, tiada masalah rambut kusut dan tampil cantik menawan. Berminat dengan pakej ini? Tempah temujanji anda sekarang.

Leave a Reply