Potongan Rambut Apa Yang Sesuai?
Bila sebut tentang rambut mesti ramai yang terfikir pelbagai stail serta potongan rambut yang ada. Dari potongan pendek ke panjang, dengan layer atau tak mesti menjadi perkiraan bila nak potong rambut. Nak-nak raya yang bakal menjelma ni lagi ramai kan yang start ‘survey‘ potongan atau stail rambut yang mana yang sesuai nak digayakan hari Raya nanti.
Kebanyakkan orang tak ramai yang tahu nama spesifik bagi satu-satu potongan rambut. Jadi hari ini jom Rusila Spa kongsikan beberapa jenis potongan rambut asas yang sesuai digayakan pada hari Raya nanti.
5 Potongan Rambut (Hair Cut) Asas Yang Boleh Dicuba

1. Bob Haircut
Bob haircut atau potongan rambut bob adalah potongan rambut pendek yang mana panjangnya lebih tertumpu sekitar leher. Bagi yang meminati rambut yang pendek tapi nak nampak sisi feminin serta edgy boleh pilih potongan ini. potongan bob mempunyai pelbagai variasi yang dapat menepati jenis bentuk muka yang berbeza.
Untuk bob terdapat pelbagai variasi yang dapat menepati jenis bentuk muka yang berbeza. Bob lurus biasanya menampakkan stail atau sisi professional manakala bob layer menampakkan sisi yang lebih kasual. Terdapat pelbagai stail lain yang dapat dibuat seperti rounded edges, beach waves atau fringe bob yang mana dapat membantu memberikan volume pada rambut. Tambahan warna rambut dengan teknik highlight akan melengkapkan lagi gaya potongan ini. Potongan ini sesuai bagi semua peringkat umur.
2. Pixie Haircut
Pixie Haircut adalah potongan rambut yang paling pendek yang mana potongan ini dapat membantu menampakkan sisi yang moen dan edgy. Biasanya potongan ini seri digelarkan sebagai potongan boyish kerana potongan rambut ini sangat pendek seperti rambut lelaki. Tetapi potongan sebegini sebenarnya boleh menampakkan sisi feminin. Terpulang kepada cara anda stail rambut.
Potongan ini biasanya menjadi pilihan bagi golongan yang berumur 45 tahun ke atas kerana potongan sebegini tidak memerlukan penjagaan yang berlebihan maksudnya mudah nak jaga dan stail ini boleh mengurangkan masa untuk stailing. Potongan rambut ini sangat versatil ditambah dengan potongan bangs, undercut atau side-parted.
3. Layered Haircut
Layered haircut atau senang dipanggil sebagai potongan layer adalah potngan rambut yangs sering menjadi pilihan. jika dilihat potongan layer seperti menampakkan tingkat pada rambut kerana potongannya tak sama level antara bahagian atas dan bahagian bawah. Ketidaksamaan potongan ini membantu menampakkan rambut anda lebih ber-volume dan nampak lebih tebal.
Potongan ini juga sering menjadi pilihan bagi yang berambut tebal kerana potongan ini membantu untuk menampakkan rambut lebih terurus dan tak nampak bulky. Potongan ini juga sangatlah universal kerana tak kira golongan berumur atau muda serta tak kira kaum apa memang akan memilih potongan ini. Diambah dengan teknik balayage, pastinya rambut anda nampak lebih wow.
4. Lob Haircut
Anda pernah dengar tenatang lob haircut? Hampir sama bunyinya dengan bob haircut kan? Sebenarnya potongan lob adalah potongan yang hampir sama dengan potongan bob cuma bezanya adalah dari segi panjangnya. Potongan Lob lebih tertumpu kepada potongan rambut paras bahu atau biasanya dipanggil sebagai medium haircut. Potongan ini biasanya dipilih bila anda nak potong rambut tapi tak nak terlampau pendek. Potongan ini juga anda masih boleh mengikat rambut atau gayakan dengan stail yang pelbagai.
Potongan Lob ini semestinya menjadi pilihan bagi golongan remaja khusunya kerana pada waktu ini banyak stail yang boleh dipelbagaikan dengan potongan ini.
5. Fringe Haircut
Fringe haircut ataupun potongan fringe sebenarnya melengkapkan stail sesuatu rambut. Potongan ini juga sering digunakan bagi yang mempunyai dahi yang luas kerana potongan rambut ini dapat menutup kawasan tersebut dan memberikan penampilan yang lebih cantik. Potongan ini juga sinonim dengan gaya yang ayu kerana potongan ini memberikan penampilan yang comel bagi yang menggayakannnya.
Untuk potongan fringe terdapat beberapa stail yang anda boleh gayakan seperti curtain bangs, side-swept dan wispy fringes. Gaya ini sebenarnya bergantung kepada umur serta penampilan pilihan anda. Katakan anda rasa rimas dengan fringe di hadapan rambut, anda boleh sahaja ambil bobby pins dan sepitkan rambut anda. Perlu diingatkan juga untuk lakukan trim yang berkala supaya potongan fringe tampak kemas dan cantik.