Macam Mana Nak Jaga Rambut Berwarna?
Rambut berwarna semestinya nampak menarik selain dapat melengkapkan penampilan, rambut berwarna juga boleh meningkatkan keyakinan diri. Ikut sahaja warna seperti brunette, blonde mahupun warna terang seperti electric blue, semestinya menambah kecantikkan seseorang.
Tapi perlu diingatkan, rambut yang berwarna memerlukan penjagaan yang ekstra kerana warna rambut berkemungkinan akan luntur. Jika anda fikir untuk mewarnakan kembali rambut anda setelah luntur, anda akan menyebabkan rambut anda terdedah kepada penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Opps! Ini sangatlah perlu dielakkan. Di sini ada 5 tips yang anda boleh lakukan untuk menjaga rambut berwarna.

1. Tunggu Beberapa Hari Sebelum Mencuci Rambut Berwarna Anda
Anda dinasihatkan untuk tidak mencuci rambut anda setelah proses warna sekitar 72 jam (3 hari). Ini kerana apabila anda mewarnakan rambut, kutikel rambut akan terbuka seterusnya memudahkan warna untuk meresap ke dalam rambut. Kutikel rambut mengambil masa selama 3 hari untuk tutup sepenuhnya. Jadi jika anda mencuci terlalu awal, warna rambut akan mudah luntur.
2. Gunakan Syampu & Perapi Yang Betul
Gunakan syampu dan perapi rambut yang khusus untuk rambut berwarna. Ini kerana syampu jenis ini boleh melindungi rambut dan mengimbangi pH rambut untuk pastikan warna rambut kekal cantik. Syampu dan perapi sebegini juga membantu untuk menghidrat kembali rambut anda menjadikannya lebih sihat.

3. Kurangkan Kekerapan Mencuci Rambut
Analogi mudahnya adalah, lagi anda basuh rambut anda lagi mudah warna menjadi luntur. Mencuci rambut secara kerap mengakibatkan rambut kehilangan kelembapan dan minyak semulajadi seterusnya menjadikan rambut semakin kering. Membasuh kerap juga menjadikan warna semakin luntur. Jadi untuk selamat, cuci rambut sebanyak 2-3 kali seminggu untuk memastikan warna rambut kekal terang.
4. Elakkan Air Berklorin
Air berklorin mudah mengakibatkan warna rambut luntur. Jadi jika anda merancang untuk pergi berenang sebaiknya anda menutup rambut anda menggunakan swimming cap untuk melindungi rambut daripada terdedah kepada air berklorin.
5. Lakukan Rawatan Rambut
Rawatan rambut mampu memberi kesimbangan dan khasiat yang diperlukan oleh rambut. Rawatan rambut juga mampu mengembalikan kelembapan rambut seterusnya dapat menjadikan rambut semakin sihat dan warna masih nampak terak. Di Rusila Spa anda boleh jalani Luxury Hair Treatment untuk memastikan rambut anda kekal sihat. Berminat dengan pakej ini? Tempah temujanji anda sekarang.