Cara Nak Elak Rambut Berbau Kepam Bagi Yang Bertudung!
Menutup aurat adalah kewajipan bagi kita para muslimah dan sudah tentulah antara cara untuk menutup aurat adalah dengan bertudung/berhijab. Tak dinafikan apabila berhijab pelbagai masalah rambut akan muncul JIKA penjagaan rambut tidak dilakukan dengan baik. Seharian pakai hijab semestinya rambut susah nak bernafas. Itu yang menjadikan rambut senang berbau kepam.
Bila rambut dah mula berbau kepam mestilah kita mudah rasa tak selesa apa lagi bila bekerja mahupun belajar kita akan mudah hilang keyakinan diri. Sedih kan? Tapi jangan risau Ladies, jom Admin kongsikan cara-cara penjagaan rambut bagi yang bertudung untuk elakkan rambut kepam.
1. Pastikan Rambut Kering Sebelum Bertudung
Ini yang selalu para hijabi lakukan kan? Nak cepat mesti ikat rambut walaupun rambut belum kering lepas tu terus pakai hijab. No! Jangan buat macam tu tau. Rambut yang lembap apabila terus ditutup boleh menyebabkan masalah bau dan kelemumur. Oleh itu, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memakai tudung. Penggunaan pengering rambut dengan suhu yang rendah juga boleh membantu. Katakan tak ada pengering rambut, boleh biarkan rambut ‘air-dry’ dahulu sebelum pakai hijab.
2. Syampu Rambut Secara Berkala
Syampu rambut setiap 2-3 hari dengan syampu yang sesuai untuk jenis rambut dan keadaan kulit kepala anda. Penggunaan syampu yang lembut, bebas sulfat, atau syampu khusus untuk masalah kelemumur boleh membantu menjaga kebersihan kulit kepala. Seterusnya akan membantu menyegarkan kulit kepala. Jangan lupa juga untuk pakai perapi rambut untuk pastikan rambut kekal sihat, tak kering, lembut, berkilat dan tak kusut.
3. Sikat dan Rapikan Rambut Sebelum Bertudung
Pastikan anda rapikan dahulu rambut sebelum memakai hijab. Ada antara kita yang terus pakai anak tudung tanpa sikat dan rapikan rambut dan ini akan menjadikan rambut mudah kusut, patah dan rosak. Menyikat dan merapikan rambut sebelum bertudung membantu merapikan rambut dan mengelakkan simpul atau kerosakkan. Gunakan sikat dengan gigi jarang untuk rambut yang lebih halus dan tidak kusut.
4. Pemakaian Inner Tudung dan Tudung yang Sesuai
Pemilihan material inner dan tudung juga sangat penting untuk memastikan kesihatan rambut terjaga. Inner tudung yang diperbuat daripada kain kapas atau bahan yang boleh menyerap peluh adalah pilihan terbaik. Ini akan membantu mengurangkan kelembapan berlebihan yang boleh menyebabkan rambut berbau. Untuk tudung pula perlulah pilih material yang breathable (mudah bernafas) seperti kapas atau linen. Bahan ini membolehkan pengaliran udara yang baik, mengelakkan haba terperangkap dan rambut kepam.
5. Lakukan Rawatan Kulit Kepala dan Rambut Secara Berkala
Rawatan kulit kepala atau scalp treatment membantu membersih, menyegarkan dan merawat kulit kepala untuk memastikan rambut dapat tumbuh dengan sihat dan kuat. Rawatan rambut pula dapat memberi kesimbangan dan khasiat yang diperlukan oleh rambut. Di Rusila Spa anda boleh jalani Rebalancing Scalp Treatment & Luxury Hair Treatment untuk memastikan rambut anda kekal sihat. Berminat dengan pakej ini? Tempah temujanji anda sekarang.