Skip to main content

Scalp massage ataupun dipanggil sebagai urutan kulit kepala adalah urutan yang sering dilakukan ketika dapatkan servis di salon terutamanya. Urutan kulit kepala ini sebenarnya sama sahaja seperti urutan leher ataupun urutan seluruh badan. Cuma yang membezakannya adalah urutan kulit kepala dilakukan secara lembut dan tidak melibatkan sebarang minyak (tetapi kalau anda nak letak tak menjadi masalah).

Urutan kulit kepala biasanya hanya menggunakan jari jemari sahaja dengan memicit atau mengurut sekitar kawasan kulit kepala. Uurtan kulit kepala juga dilakukan kerana telah terbukti mempunyai banyak manfaat bukan sahaja untuk kesihatan rambut malah untuk keseluruhan badan.

6 Kelebihan Scalp Massage

1. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Urutan kulit kepala sebenarnya terbukti dalam membantu pertumbuhan rambut. Ini kerana urutan kulit kepala membantu pengaliran darah pada kulit kepala menjadi lebih lancar. Perkara ini sangat penting kerana kelancaran peredaran darah membantu kulit kepala mendapat nutrisi yang diperlukan.

Berdasarkan kajian yang dibuat pada 2016, urutan kulit kepala yang dilakukan secara berkala telah membuktikan pertumbuhan rambut yang lebih lebat serta mengurangkan keguguran rambut. Menurut kajian ini urutan kulit kepala dapat meregangkan folikel rambut, keadaan ini akan membantu folikel rambut untuk melebatkan rambut.

Gunakan bersama serum rambut ketika mengurut kulit kepla untuk memastikan tambahan nutrisi dapat dibekalkan untuk menghasilkan kulit kepala yang lebih sihat.

2. Membantu Kesihatan Mental

Mengurut sebenarnya adalah salah satu kaedah yang dapat membangkitakan rasa tenang dan relaks. Ini termasuklah urutan kulit kepala yang mana kajian sendiri telah menunjukkan urutan yang melibatkan kepala  dapat meningkatkan kesihatan mental. Urutan ini membantu anda untuk lebih relaks dan kurang stress.

Melalui urutan ini juga, hormon serotonin iaitu hormon yang bertanggungjawab dalam memberikan anda mood yang baik. Ini kerana urutan kulit kepala akan fokus kepada bahagian yang sensitif seterusnya dapat melegakan tekanan yang ada pada kulit kepala.

3. Meningkatkan Sistem Imun Badan

Secara umumnya mengurut merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk membantu melancarkan sistem tubuh termasuklah urutan pada kulit kepala. Seperti yang diperkatakan tadi, aktiviti mengurut membantu peredaran darah dapat dilakukan dengan lebih lancar. Peredaran darah ini sangat penting dalam memastikan segala nutrisi dapat diberikan pada tisu dan organ yang berkaitan. Apabila nutrisi cukup maka kesihatan imuniti badan lebih terjaga dan dapat berfungsi dengan baik.

4. Mengurangkan Ketegangan Otot

Ketegangan otot boleh terjadi apabila tubuh badan sentiasa dalam keadaan stress ataupun disebabkan oleh postur badan yang tidak betul bila berjalan ataupun duduk. Ketegangan kulit kepala boleh terjadi kerana pengaliran darah yang tidak lancar. Keadaan ini berlaku apabila saluran darah menjadi sempit seterusnya mengurangkan pengaliran darah pada folikel rambut. Ketegangan kulit kepala ditambah pula dengan ketegangan otot pada bahagian leher dan otot pada bahagian belakang akan mudah menjadikan seseorang mengalami migrain ataupun sakit belakang.

Disebabkan itu, urutan kulit kepala sangat penting untuk dilakukan secara berkala bagi memastikan pengaliran darah lancar dan masalah seperti migrain, sakit kepala dan sakit belakang dapat dikurangkan.

 

5.  Memperbaiki Sistem Saraf

Bahagian kepala merupakan bahagian yang paling utama dan paling penting dalam sistem saraf. Kajian telah dilakukan yang mana mendapati apabila seseorang melakukan urutan kulit kepala secara berkala, maslaah kesihatan berkaitan otak seperti nyanyuk, Alzheimer dan sebagainya dapat dikurangkan. Ini kerana urutan kulit kepala dapat mempertingkatkan fungsi sitem saraf sterusnya mengurangkan masalah yang berkaitan dengan otak.

Urutan kulit kepala bukan sahaja membantu kesihatan kulit kepala dan rambut. Tetapi, urutan ini dapat melancarkan peraliran darah yang mana akan meningkatkan fungsi organ serta sistem tubuh secara keseluruhannya. Di Rusila Spa urutan kulit kepala dilakukan dalam hampir semua servis rawatan yang ditawarkan. Jika anda nak tahu lanjut tentang servis dan rawatan yang dijalankan di Rusila Spa anda boleh hubungi kami sekarang.

Leave a Reply